LEMBAH JORDAN, 5 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis petang semalam memaksa lima keluarga Palestin keluar dan meninggalkan rumah serta khemah mereka di perkampungan Hamsa al-Fawqa di utara Lembah Jordan bagi memberi laluan kepada sesi latihan tentera.

Pasukan tentera menyerbu perkampungan Humsa al-Fawqa dan memaksa seluruh lima keluarga, termasuk wanita dan 19 kanak-kanak, keluar sebelum dibawa ke satu lokasi sejauh beberapa kilometer dari tempat tinggal mereka. Mereka ditinggalkan tanpa tempat berteduh.

Keluarga-keluarga terbabit telah dihalau keluar sebanyak tiga kali sejak dua bulan lalu.

Pihak berkuasa Zionis mengeksploitasi sumber-sumber semulajadi di Lembah Jordan dan menghalau penduduk Palestin dengan alasan untuk menjalankan latihan. Hampir keseluruhan kawasan Lembah Jordan berada di bawah kawalan penuh tentera Zionis, walaupun ia termasuk dalam wilayah Tebing Barat. Sekurang-kurangnya 44% daripada kawasan itu dijadikan sebagai zon menembak dan latihan tentera.

(Maan, PIC, IMEMC, PNN, Alray)

SHARE