Tentera Zionis paksa peniaga Palestin di al-Quds tutup kedai

AL-QUDS, 23 Okt 2016 (PIC) — Pasukan tentera penjajah Zionis malam tadi menyerbu kawasan Bab Hitah di Kota Lama al-Quds dan memaksa peniaga-peniaga Palestin menutup kedai mereka.
Seorang warga emas Abu Zaki, 60, dan pemuda Ahmad Badriyah ditangkap dalam kejadian tersebut.
Menurut peniaga Muawiyah Duweik, bekalan elektrik terputus sebelum solat Isyak dan para pemuda mula menyalakan bungapi ke udara. Setelah bekalan elektrik kembali pulih, mereka dikejutkan dengan pasukan tentera penjajah yang menyerbu Bab Hitah dan memaksa semua peniaga menutup kedai.
Tindakan tentera ini merupakan sebahagian daripada hukuman secara kolektif ke atas penduduk Palestin di al-Quds, di mana para peniaga menjadi dikenakan berbagai denda dan cukai setiap hari.
Biasanya, peniaga akan menutup kedai pada jam 11:00 malam.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts