Tentera Zionis pecah masuk rumah, culik 14 penduduk Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH, 7 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis sepanjang malam hingga awal pagi tadi memecah masuk beberapa buah rumah dan menculik 14 penduduk Palestin di beberapa wilayah di Tebing Barat.

Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa semua mangsa adalah mereka yang diburu oleh badan perisikan Shin Bet, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti menentang rejim penjajah.

Lima orang mangsa diculik dari kem pelarian al-Jalazoun di utara wilayah Ramallah, selepas dituduh membaling bahan letupan dan melepaskan tembakan di penempatan haram Beit El yang tidak jauh dari kem tersebut.

Di wilayah Jenin, tentera Zionis menculik Forsan Amarna, Mohammad Sheikh Ali, Yousef Masharqa, Nidal Enfe’at, Ahmad Tareq Abu Bakr dan Shadi Kamal Mer’ey; sebahagian besarnya dari bandar Ya’bad.

Beberapa lagi penculikan berlaku di wilayah al-Khalil.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts