Tentera Zionis sekat pesakit Palestin daripada mendapatkan rawatan di Jordan

NABLUS, 7 Jun 2016 (PIC) — Tenera penjajah Zionis tengahari tadi menyekat perjalanan seorang pesakit Palestin Osama Kharma, 37, menuju ke Jordan untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Jordan.

Osama tidak dibenarkan melintas ke Amman melalui pintu Karama di sempadan Tebing Barat dan Jordan.

Terdahulu, beliau juga dihalang daripada memasuki wilayah al-Quds untuk menjalani rawatan di Hospital Makassed.

Pihak rejim bertidak demikian atas alasan keselamatan, sungguhpun keadaan kesihatan Osama kini sangat meruncing.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts