GAZA, 16 Nov 2017 — Bot-bot tentera laut Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah nelayan Palestin di perairan al-Sudaniya di utara Gaza pagi tadi.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun tentera Zionis mengejar bot-bot nelayan Gaza itu sehingga mereka terpaksa berkejar pulang ke pantai.

Perjanjian Oslo 1993 membenarkan nelayan Gaza balayar sehingga 20 batu nautikal dari pantai. Bagaimanapun sejak 18 tahun lalu tentera Zionis menyempitkan lagi zon nelayan sehingga hanya tiga batu nautikal.

Selepas perang 2008-09, zon tersebut menjadi lebih sempit dan nelayan sering diserang walaupun belayar dalam zon yang dibenarkan.

(Source: PIC)

SHARE