BEIT LAHM, 11 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerang Sekolah Tinggi Lelaki Nahalin di barat Beit Lahm dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Pasukan tentera menyerbu bandar Nahalin dan mengepung sekolah terbabit sebelum melepaskan tembakan gas pemedih mata, sehingga mencetus suasana panik di kalangan pelajar.

Penduduk Palestin cuba membantu dan membawa para pelajar pulang, namun dihalang oleh pasukan tentera.

(WAFA, IMEMC)

SHARE