Tentera Zionis serbu klinik UNRWA di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 9 Okt 2018 — Tentera dan pewagai Kementerian Kesihatan Zionis hari ini menyerbu sebuah klinik milik United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) di kawasan Pintu Sahera di Kota Lama Baitulmaqdis.

Mereka dilaporkan cuba memasuki bilik farmasi untuk merekod semua bekalan ubat yang ada.

Serbuan tersebut dibuat hanya beberapa hari selepas Datuk Bandar Zionis, Nir Barkat, mengumumkan rancangan untuk menutup semua kemudahan yang dikendalikan oleh UNRWA di Baitulmaqdis.

Kenyataan UNRWA menyebut bahawa tindakan menutup operasi mereka adalah bercanggah dengan perjanjian di antara rejim Zionis dan PBB.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts