Tentera Zionis serbu rumah-rumah di Tebing Barat, culik 15 penduduk

RAMALLAH, 16 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis meneruskan kempen memburu penduduk Palestin yang didakwa terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan di Tebing Barat malam tadi, dengan menyerbu dan memecah masuk rumah-rumah serta menculik 15 orang.

Kenyataan tentera Zionis turut mendakwa mereka menemui sepucuk senjata buatan sendiri dalam serbuan di selatan Tebing Barat.

Seramai empat penduduk diculik dari rumah-rumah mereka di bandar Karf Ni’ma dan Kafr Malik di Ramallah dan juga bandar Biddu di barat laut Baitulmaqdis.

Sementara dua yang lain diculik dari bandar Nahalin dan al-Dawha di wilayah Beit Lahm. Dua orang lagi mangsa dari kawasan Asida di bandar Beit Ummar, barat laut wilayah al-Khalil.

Tujuh yang lain diculik dari bandar Azzun dan Kafr Thuth di wilayah Qalqilya dan juga pinggiran Shuweika di wilayah Tulkarem.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts