Ringkasan

Tentera Zionis Tangkap 5 Penduduk Palestin di Tebing Barat

pnn500TEBING BARAT, 5 Jun 2014 — Tentera Zionis menangkap lima penduduk Palestin di Jenin, Bethlehem dan Hebron hari ini.

Pihak keselamatan Palestin melaporkan bahawa tentera Zionis menangkap Basam Sabri Atyany, 18 tahun, di perkampungan Anza di selatan Jenin. Pasukan tentera berkenaan juga menyerahkan nota interogasi yang akan diadakan di pengkalan tentera Salem kepada ibubapa Basam setelah memecah masuk ke dalam rumah mereka.

Di Bethlehem pula, tentera Zionis menangkap seorang koordinator Popular Committee to Resist Settlement and Wall, Mahmoud Zawahreh, di perkampungan Jouret el-Shama’a setelah memecah masuk dan menggeledah rumah beliau.

Turut ditangkap adalah tiga orang penduduk Palestin di Hebron, termasuk seorang ahli politik daripada Palestinian People’s Party. Semua mereka dikenali-pasti sebagai Ali Ismaiel Zamareh, Mohammad Yaqoub al-Najar dan Fahmi Shaheen. Fahmi Shaheen ditangkap kerana mengadakan demonstrasi solidariti bagi tahanan Palestin di penjara Zionis yang kini sudah 43 hari melancarkan mogok lapar.

———

Sumber : Palestinian News Network

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts