Tentera Zionis tangkap ibu kepada 4 anak hilang upaya

AL-KHALIL, 14 Jan 2019 — Ibu kepada tahanan Palestin yang dibunuh oleh tentera Zionis, Ashraf Abu Shari’, telah ditangkap oleh tentera Zionis di bandar Beit Uwa, al-Khalil, malam tadi.

Wanita berumur 60 tahun itu ditangkap di sebuah sekatan tentera di laluan masuk utama perkampungan Deir Samet, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Beliau mempunyai lima anak lelaki, empat daripadanya hilang upaya. Manakala anak kelimanya Ashraf meninggal dunia pada 21 Januari 2013, hanya beberapa minggu selepas dibebaskan dari penjara Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts