Tentera Zionis tembak mati pemuda Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 12 Mac 2019 — Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera penjajah Zionis di Kota Lama al-Khalil, atas sangkaan cuba menikam anggota mereka, tengahari tadi.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan Yaser Shweiki, 36, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak berdekatan sebuah rumah milik keluarga Palestin di Wad al-Hussein. Rumah tersebut kini dirampas oleh pendatang Yahudi.

Tentera Zionis menghalang pasukan perubatan mendekati mangsa, yang dibiarkan berdarah sehingga meninggal dunia. Mereka kemudian mengheret jenazah beliau ke dalam bangunan Rajabi yang berdekatan.

Ketika kejadian, Yaser yang bertugas di Mahkamah Syariah al-Khalil sedang mengagihkan makluman dari mahkamah tersebut.

Tiada sebarang kecederaan di pihak tentera Zionis.

Susulan kejadian, gerombolan pendatang Yahudi termasuk kanak-kanak “meraikan pembunuhan” tersebut dengan menari-nari dan melaung slogan perkauman di jalanan.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts