GAZA, 8 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menceroboh masuk wilayah utara dan selatan Gaza pagi tadi, meratakan tanah dan menembak petani yang bekerja di kebun.

Sebanyak lapan buah jentolak menceroboh masuk sehingga beberapa ratus meter ke dalam daerah timur Beit Lahiya. Sementara di selatan Gaza, tentera Zionis menembak para petani yang sedang bekerja di ladang mereka di Khan Younis.

Pada masa yang sama jet-jet perang F16 terbang rendah di udara.

(PIC)

SHARE