Tentera Zionis Tempur Jemaah Masjid al-Aqsa

alaqsaAL-QUDS, 13 Jun 2014 — 28 orang Palestin tercedera dan lapan lagi ditahan apabila tentera Zionis menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan bertempur dengan para jemaaah selepas selesai solat Jumaat.

Para jemaah berkumpul di perkarangan masjid bagi mengadakan perarakan solidariti terhadap 125 rakyat Palestin yang dikenakan tahanan pentabdiran dan sedang melakukan mogok lapar dalam penjara-penjara Zionis sejak lebih 50 hari lalu.

Tentera Zionis bertindak menceroboh masuk sambil menembak peluru getah dan bom (stun grenade) serta memukul pera jemaah menggunakan baton. Mereka juga dilaporkan menyerang krew ambulan dan pemberita yang tiba di tempat kejadian.

Satu unit tentera Zionis yang lain dilaporkan menyerang para jemaah di dalam Masjid al-Aqsa Qibli, di mana mereka telah diserang dengan grenad dan gas pemedih mata dalam keadaan pintu masjid tertutup.

Manakala satu lagi unit tentera Zionis menyasarkan para jemaah di Masjid Marwani dengan menembak grenad dan gas. Kebanyakan para jemaah di sini adalah warga tua.

Polis Zionis pula membina sekatan jalan di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa. Mereka memeriksa pengenalan dan kemudiannya menahan lapan orang ahli jemaah.

———

Sumber : IMEMC

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts