RAMALLAH, 9 Jan 2018 — Tentera Zionis memfail tuntutan gantirugi dari keluarga dan seluruh penduduk perkampungan Kafr Malek di timur Ramallah, susulan insiden seorang penduduk Palestin yang meninggal dunia dihempap oleh sebuah jip tentera pada bulan Jun 2014.

Keluarga Abdullah Ghneimat dan seluruh penduduk dituntut membayar sebanyak 95,260 shekel (RM111,772) atas kerosakan yang dialami oleh jip tersebut.

Insiden berlaku apabila pasukan tentera Zionis menyerbu masuk Kafr Malek, di mana mereka melanggar Abdullah dengan segaja, lalu jip tersebut terbalik dan menindih beliau selama lebih tiga jam. Beliau dibiarkan berdarah sehingga meninggal dunia, di mana tentera menghalang pasukan ambulan membantu.

(IMEMC)

SHARE