AL-KHALIL, 8 Ogos 2018 — Rejim Zionis hati ini menutup Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil kepada semua orang Islam dan bukan Yahudi, kononnya bersempena sambutan perayaan Yahudi.

Penutupan tersebut bermula dari jam 10:00 malam ini sehingga jam 10:00 malam esok, Khamis. Laungan azan juga diharamkan sepanjang tempoh tersebut.

Pihak rejim sering menutup masjid bersejarah itu sejak peristiwa hitam pendatang Yahudi membunuh jemaah solat Subuh pada tahun 1994.

Penduduk Palestin di Kota Lama al-Khalil berhadapan dengan tentera Zionis setiap hari, dengan puluhan sekatan pemeriksaan dibina di serata tempat termasuk laluan utama ke Masjid Ibrahimi. Bahkan ada kawasan yang menjadi zon larangan ke atas penduduk Palestin.

Sementara pendatang Yahudi, yang rata-rata dari kalangan pelampau ganas, bebas bergerak dengan membawa senjata api. Sekitar 800 pendatang Yahudi tinggal di al-Khalil dengan dikawal oleh lebih 1,000 anggota tentera Zionis.

(PIC, Maan, PNN)

SHARE