Tentera Zionis ugut untuk culik bayi 10 bulan

AL-KHALIL, 4 Sep 2016 (Maan) — Tentera Zionis pagi tadi menyerang masuk bandar Sair di kota al-Khalil dan mengugut untuk menangkap seorang bayi perempuan berumur 10 bulan.

Tentera dilaporkan memecah masuk rumah keluarga almarhum Fadi Farrouk, yang telah mereka bunuh pada 1 November 2015 lalu. Mereka menggeledah rumah tersebut, merosakkan perabut dan kemudian mengugut untuk menangkap bayi yang merupakan anak kepada almarhum Fadi itu.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, tentera Zionis menampal notis di pintu utama yang memberi amaran kepada keluarga tersebut dan semua penduduk sekitar bahawa mereka akan meningkatkan serangan terhadap penduduk Palestin yang terlibat dalam aktiviti menyerang pendatang Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts