Trump Isytihar Kota Suci Al-Quds Sebagai Ibukota Rejim Zionis

WASHINGTON, 6 Disember 2017 — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini secara rasmi mengisytihar kota suci al-Quds (Jerusalem) sebagai ibu negara bagi negara haram Zionis, menjadikan beliau satu-satunya pemimpin dunia yang pernah berbuat demkian.

Pengisytiharan yang dibuat pada jam 1:00 tengahari waktu tempatan itu turut mengesahkan bahawa beliau akan memindah kedutaannya dari Tel Aviv ke kota al-Quds. Beliau mendakwa kononnya keputusan tersebut dibuat demi kepentingan Amerika dan usaha ke arah perdamaian.

Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu menyifatkan tindakan Trump itu sebagai suatu yang bersejarah, membandingkannya seperti Deklarasi Balfour. Beliau berjanji kononnya tidak akan mengubah status quo di kota suci umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts