Ugutan Tentera Zionis Cetus Ketegangan

GAZA, 14 Nov 2017 — Sebilangan sistem pertahanan Iron Dome dikerahkan ke kawasan tengah negara haram Zionis hari ini, berikutan ketegangan akibat serangan ke atas terowong bawah tanah di selatan Gaza hujung bulan lalu.

Ahad lalu, sistem yang dibina untuk menembak jatuh roket jarak dekat dan mortar itu dibawa bersiap siaga di luar kota al-Quds.

Tentera Zionis sebelum ini membuat ugutan serangan besar-besaran sekiranya pasukan Jihad Islami bertindak balas terhadap serangan yang mengorbankan 12 pejuang Palestin pada 30 Oktober itu.

Jihad Islami menyifatkan ugutan tersebut sebagai “tindakan perang” dan berikrar akan terus cuba untuk menyerang balas. Mereka tidak akan berundur dari tugas membalas tindakan tentera Zionis membunuh pejuang Gaza, iaitu lima mujahidin Briged Saraya al-Quds dan dua mujahidin Briged al-Qassam.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts