US2.215 Billion diperlukan untuk bangunkan Gaza kembali

Kementerian Kerja Raya Palestin di Gaza menganggarkan kos pembinaan semula Gaza selepas serangan Israel mencecah 2.215 billion dolar, Dr Yousef Al-Mansi berkata demikian dalam satu sidang akhbar.

Lebih 5000 keluarga kehilangan tempat tinggal dan setiap keluarga memerlukan 10000 dolar setahun. Lebih 600 keluarga mengalami sebahagian kemusnahan teruk rumah mereka dan setiap keluarga tersebut memerlukan 5000 dolar setahun. Lebih 10000 keluarga mengalami kerosakan rumah sederhana dan setiap keluarga memerlukan 3000 dolar setahun.

Mansi berkata 20000 rumah yang musnah memerlukan 250 juta dolar sementara kos untuk membina bangunan awam, kerajaan dan kelab, dianggarkan 8 juta dolar. Sementara Lapangan Terbang Gaza memerlukan 10 juta dolar. Lebih 40 juta dolar diperlukan untuk membina kembali sekolah, universiti, tadika dan lebih 55 juta diperlukan untuk membina kilang, bengkel, dan kemudahan pertahanan awam. Lebih 55 juta dollar untuk membina sistem infrastruktur, elektrik dan pembetungan sementara 40 juta dolar diperlukan untuk membina ladang, kawasan ternakan, dan kilang pertanian.

Beliau menambah lagi sebarang peruntukan pembinaan semula Gaza haruslah diatur melalui kerajaan Palestin di Gaza dan bukannya di Ramallah yang tidak akan melaksanakannya dengan penuh amanah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts