[Video] Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 15 Nov 2015 (PIP) — Sekelompok pendatang Yahudi sekali menceroboh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa dengan dikawal ketat oleh tentera Zionis hari ini.

Masjid Al-Aqsa dinodai oleh pendatang dan pelampau Yahudi hampir setiap hari, termasuklah dari kalangan pegawai tentera dan polis. Manakala umat Islam dikenakan sekatan dan syarat ketat, samada lelaki mahupun wanita, untuk masuk beribadah di dalam masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

Pelampau Yahudi kebelakangan ini menyeru supaya masjid suci itu dibahagikan di antara umat Islam dan kaum Yahudi mengikut masa dan kawasan tertentu, sebagaimana yang telah berjaya mereka lakukan ke atas Masjid Ibrahimi di Al-Khalil. Sungguhpun dibahagikan, hak umat Islam di Masjid Ibrahimi masih tertakluk sepenuhnya kepada kawalan rejim, di mana mereka berkuasa untuk menutup masjid tersebut bahkan sering melarang laungan azan.

Sungguhpun mereka mencadangkan supaya Masjid Al-Aqsa dibahagikan, umat Islam harus sedar bahawa cita-cita sebenar mereka adalah untuk menguasai sepenuhnya seluruh kawasan masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts