Wanita muda Palestin dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun

BEIT LAHM, 24 Nov 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan denda sebanyak 4,000 shekel (RM4,369) ke atas Hulwa Hamamra, 26, atas tuduhan membuat serangan menikam.

Hulwa ditangkap pada bulan November 2015 selepas cedera parah ditembak berdekatan kawasan penempatan haram Betar Illit, di barat Beit Lahm.

Selepas ditangkap, beliau ditahan dalam hospital dalam keadaan digari ke katil selama sebulan untuk menjalani pembedahan. Ketika masih dirawat sekumpulan pendatang Yahudi menceroboh masuk bilik rawatan dan mengugut untuk membunuh beliau.

Hulwa kemudiannya dipindahkan ke penjara Ramon dan dipisahkan sepenuhnya dari dunia luar.

Perbicaraan beliau telah ditangguhkan sebanyak 12 kali.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts