SALFIT, 4 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik seorang wanita Palestin di sebuah sekatan jalan yang dipasang di kota Salfit, utara Tebing Barat, tengahari tadi.

Thaera Moussa al-Dik, 27, ditahan ketika sedang dalam perjalanan ke tempat kerja beliau.

Setiap pagi, puluhan ribu penduduk Palestin terpaksa melintas sekatan tentera untuk menuju ke tempat-tempat kerja di Wilayah Palestin 1948 dan juga kota-kota Palestin di luar sempadan 1967.

(PIC, Maan)

SHARE