AL-KHALIL, 8 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap wanita Palestin Sabah Abdul Muti Abu Mayala, 28, berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil petang tadi.

Tentera yang berkawal di sekatan Abu Rish menyekat dan kemudian menuduh mangsa membawa sebilah pisau.

Penduduk Palestin di al-Khalil berhadapan dengan risiko ditahan dan diperlekeh setiap hari ketika melalui sekatan tentera Zionis yang dibina bertebaran di sekitar Masjid Ibrahimi.

(PIC)

SHARE