Wanita Palestin Ditangkap, Dihalang Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 23 Ogos 2015 (WAFA) — Polis Zionis hari ini menahan seorang wanita Palestin di pintu masuk Masjid Al-Aqsa dan menghalang sekumpulan wanita lain daripada memasuki kawasan masjid mulia itu.

Pasukan polis Zionis yang berkawal di Bab es-Silsileh dilaporkan menahan wanita tersebut dan kemudiaanya membawa beliau ke sebuah balai polis di Qishla berdekatan Bab al-Khalil. Identiti wanita tersebut masih tidak dikenal-pasti.

Dalam kejadian berasingan, polis Zionis memasang besi sekatan bagi menghalang lebih 20 wanita Palestin dihalang daripada memasuki perkarangan masjid. Mereka cuba masuk melalui semua pintu masjid, tetapi tetap dihalang. Pasukan khas turut dibawa untuk mengejar wanita Palestin di Gerbang Ar-Rahmah, sehingga meimbulkan suasana tegang.

Pada masa yang sama, kumpulan pelampau Yahudi dilaporkan memasuki perkarangan masjid dan melakukan tinjuan secara provokatif, dengan dilindungi oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts