BEIT LAHM, 18 Apr 2019 — Seorang pendatang Yahudi memandu sebuah lori dan melanggar seorang wanita Palestin di bandar Teqoa, Beit Lahm, pagi tadi, menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Pendatang Yahudi tersebut secara sengaja melanggar kereta yang dipandu oleh Fatima Suleiman, 42, dari arah belakang, berdekatan rumah mangsa.

Apabila Fatima keluar dari kenderaannya untuk melihat kerosakan, pendatang Yahudi tersebut tiba-tiba melanggar beliau dan meninggalkan lokasi.

Susulan kejadian, pasukan polis Zionis tiba di lokasi dan merampas rakaman kamera keselamatan dari sebuah rumah berdekatan. Mereka tidak membenarkan keluarga mangsa melihat rakaman kejadian.

Fatima merupakan seorang guru di Sekolah Rashayda.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE