Wanita Palestin meninggal dunia apabila tentera Zionis sekat ambulan di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 16 Dis 2018 — Seorang wanita Palestin meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Masjid al-Aqsa petang semalam, selepas polis Zionis menghalang ambulan masuk membantu.

Pasukan paramedik cuba membantu mangsa, Sumayya Mahmoud Nasser, 68, apabila beliau jatuh pengsan dan memanggil ambulan untuk mendapatkan peralatan bantuan dan mengejarkannya ke hospital.

Kenderaan ambulan yang cuba masuk melalui Pintu al-Asbat itu bagaimanapun tidak dibenarkan masuk oleh pasukan polis Zionis. Mereka hanya membenarkan ambulan masuk lebih 10 minit kemudian, dan Sumayya disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Mangsa berasal dari perkampungan Jit di Wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Pada masa yang sama, pasukan polis Zionis terus menyekat para jemaah di dalam perkarangan tapak suci dan juga di pintu-pintu masuk utama masjid.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts