BEIT LAHM, 16 Apr 2018 — Warga emas Ouda Malash, 65, akhirnya meninggal dunia pagi tadi akibat kecederaan selepas dilanggar lari secara sengaja oleh seorang pendatang Yahudi dua bulan lalu.

Penduduk Palestin dari bandar Doha di Beit Lahm itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hospital al-Massaked sejak 27 Februari lalu, selepas dilanggar ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di bandar Shu’fat, Baitulmaqdis.

Keluarga almarhum tidak dibenarkan menziarahinya ketika dirawat di hospital. Jenazah beliau dikebumikan di kem pelarian Aida, Beit Lahm.

(IMEMC, PIC)

SHARE