Yahudi Zionis Cuba Merahsiakan Kekalahan Mereka

21/1/09 – Pejuang Palestin mengesahkan 256 orang tentera Zionis Yahudi terkorban selama perang di Gaza. Televisyen Al-Alam melaporkan pengumuman yang dikeluarkan dari pelbagai sumber dan kelompok pejuang Palestin melaporkan, dari 256 korban di pihak Regim Zionis Yahudi, 203 dari kalangan tentera dan 53 orang warga awam, sementara 1327 lainnya cedera selama perang 22 hari.

Kematian di pihak Zionis Yahudi adalah diakibatkan panahan roket pejuang Palestin atau kerana terkena tembakan pejuang Palestin. Berdasarkan laporan ini, kelompok pejuang Palestin juga berhasil mengoperasikan 191 serangan selama perang berlangsung. Berkaitan dengan itu juga, Wartawan Akhbar dan Pakar Militer, Avi Vaksman dalam artikelnya yang dimuat Akhbar Maariv menulis, media Zionis Yahudi sama sekali tidak menyebut jumlah mangsa yang terkorban dan cedera di pihaknya dengan asbab bagi memelihara tekanan mental tentera Zionis.

Vaksman menambahkan, Perdana Menteri Regim Zionis Yahudi , Ehud Olmert hanya mengesahkan kematian tentera mereka 10 orang sahaja meskipun jumlah mereka lebih dari 100 orang.

Lamanweb Zionis, Debka milik Intelijen Zionis Yahudi pula menyatakan tingginya jumlah kerugian yang dideritai oleh tentera Zionis dalam serangan ke Gaza, namun mereka hanya menyebutkan lebih dari 40 tentera Zionis menderita cacat sepanjang hayat akibat serangan mortar pejuang Palestin. (Irib)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts