Yehuda Glick pimpin 68 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 4 Apr 2019 — Ahli Parlimen Zionis Yehuda Glick bersama 68 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.

Ketika berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu polis Zionis membenarkan Glick, yang juga seorang rabai pelampau, melakukan ritual Talmud berdekatan dewan solat Bab ar-Rahmah.

Di samping itu, sekitar 100 pegawai polis Zionis berpakaian preman turut menceroboh masuk pagi tadi.

Polis Zionis memukul dan menangkap murabitin (penjaga masjid) Omran Rajabi kerana beliau merakam aksi polis Zionis memasuki dewan solat Bab ar-Rahmah dengan berkasut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts