Yehuda Glick pimpin gerombolan pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 15 Okt 2018 — Pasukan polis penjajah Zionis mengiringi Ahli Parlimen ultra-Ortodoks Zionis, Yehuda Glick, bersama beberapa gerombolan pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pelampau Yahudi yang dilahirkan di Amerika itu melakukan ritual dengan dilindungi oleh pasukan keselamatan yang dikerah ke seluruh perkarangan tapak suci. Beliau turut menyampaikan syarahan tentang kuil Yahudi.

Glick kali terakhir menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pada bulan September baru lalu.

Pada bulan Julai lalu, Benjamin Netanyahu membatalkan larangan ke atas ahli-ahli parlimen memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Larangan tersebut berkuat-kuasa sejak Oktober 2015. Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan masuk hanya sekali dalam setiap tiga bulan.

Hampir 33,000 Yahudi mengambil bahagian menceroboh tapak suci umat Islam itu sejak awal tahun 2018.

(PIC, IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts