Yehuda Glick sekali lagi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 7 Nov 2018 — Ahli Parlimen dan rabai fanatik Yahudi, Yehuda Glick, hari ini sekali lagi memimpin segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, setelah berbuat demikian 15 Oktober lalu.

Mereka menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba dengan dikawal ketat oleh pasukan polis bersenjata, sebelum berarak dan melakukan ritual di atas tapak suci umat Islam itu.

Julai lalu, Benjamin Netanyahu membatalkan larangan ke atas ahli-ahli parlimen memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan masuk hanya sekali dalam setiap tiga bulan.

Pemimpin Parti Likud, Yehuda Glick terkenal dengan sikap anti-Arab dan sering mencetus semangat kebencian ke atas jemaah Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts