Zionis akan bina 6,000 rumah penempatan haram di al-Quds sebelum akhir Julai

AL-QUDS, 5 Julai 2017 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis di kota al-Quds akan meluluskan pembinaan 6,000 rumah baharu sebelum akhir bulan Julai, dalam usaha meluaskan penempatan haram Yahudi.

Datuk Bandar Zionis di al-Quds, Meir Turgeman, menyebut bahawa pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu telah menunaikan janjinya dan memberi kebenaran kerja meyambung semula pembinaan penempatan haram di kota suci umat Islam itu.

Pengumuman tersebut dibuat selepas meluluskan pembinaan 200 unit rumah penempatan haram Yahudi di sekitar kota al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts