Zionis Bunuh Pemuda Palestin di Kem al-Jalazoun

al-JalazounRAMALLAH, 16 Jun 2014 — Seorang pemuda Palestin telah dibunuh ketika tentera Zionis  menceroboh masuk ke kem pelarian al-Jalazoun di utara Ramallah awal pagi tadi. Dua lagi tercedera dan ramai lagi yang diculik.

Sumber Pusat Rawatan Palestin menyebut mangsa yang terkorban adalah Ahmad Arafat Sabbareen, 21 tahun. Beliau ditembak dengan beberapa butir peluru hidup dan meninggal dunia ketika dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Sabbareen merupakan seorang bekas tahanan politik yang baharu dibebaskan oleh rejim Zionis.

Salah seorang yang tercedera, Ahmad Sa’afin, dilaporkan terkena tembakan peluru hidup di bahagian dadanya.

Di samping serangan dengan peluru hidup, tentera Zionis juga melepaskan puluhan tembakan gas dan grenad.

Beberapa orang penduduk kem ditangkap dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Mereka termasuklah Adnan al-Khattab, Abdul-Halim Ghannam, Ramadan Hmeidat dan Eyad Safi.

——–

Sumber : IMEMC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts