Zionis didesak hentikan tahanan bersendirian ke atas Sheikh Raed Salah

AL-QUDS, 24 Okt 2016 (Alray) — Pusat Has Asasi Mezan menfailkan petisyen bagi mendesak pihak penjara Ramon menghentikan tahanan bersendirian ke atas Sheikh Raed Salah.

Sheikh Raed, 57, dikurung bersendirian selama sebulan sejak mula dipenjara pada 8 Mei lalu, kemudian dilanjutkan lagi beberapa kali tanpa memberi sebarang alasan.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas tuduhan menghasut dalam satu khutbah beliau di al-Quds pada tahun 2007.

Pihak penjara menghalang akhbar berbahasa Arab dan buku-buku dibawa masuk ke kurungan beliau.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts