BAITULMAQDIS, 7 Jan 2018 — Mahkamah Zionis di kota Baitulmaqdis hari ini menangguhkan sidang perbicaraan ke atas pemimpin Gerakan Islam, Sheikh Raed Salah, yang sehingga kini masih dikurung bersendirian dalam sebuah penjara di Ashkelon.

Perbicaraan dijadualkan semula pada 22 Mac.

Sheikh Raed ditangkap dari rumahnya di Umm al-Fahm pada pagi Selasa 15 Ogos. Tahanan ke atas beliau berterusan hingga ke hari ini. Pendatang Yahudi membunuh beliau menghasut sehingga melahirkan aksi-aksi menentang rejim Zionis bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Beliau telah beberapa kali ditangkap sebelum itu, kali taerakhir pada bulan Mei 2016. Ketika itu, Sheikh Raed dipenjara selama sembilan bulan selepas disabit bersalah menghasut dalam khutbah Jumaat yang beliau sampaikan di Wadi al-Joz. Beliau kemudian dibebaskan pada bulan Januari 2017.

(PIC)

SHARE