Zionis putuskan untuk terus menahan Ali Alqam

AL-QUDS, 13 Apr 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Zionis hari ini memutuskan untuk terus menahan kanak-kanak 12 tahun, Ali Alqam, selama setahun.

Ali ditangkap bersama sepupunya Muawiya, 14, atas tuduhan menikam seorang Yahudi di sebuah stesen keretapi di penempatan haram Pisgat Zeev pada 10 November lalu. Ali ditembak dengan tiga das tembakan ketika kejadian dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang peluru dari bahagian perutnya.

Hakim mahkamah majistret Zionis baru-baru ini memutuskan untuk terus menahan Ali selama setahun, sungguhpun hukuman tersebut masih boleh dirayu.

Peguam Ali telah membuat beberapa rayuan terhadap hukuman tersebut. Namun pihak hakim meneruskan hukuman tersebut atas alasan mangsa masih memerlukan rawatan psikoterapi, sungguhpun ibubapanya sendiri berkelayakan untuk memberi rawatan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts