Zionis rampas tanah pertanian di Yabad

JENIN, 10 Jan 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis merampas tanah pertanian Palestin seluas 300 dunum (75 ekar) di bandar Yabad di wilayah Jenin, dan mengisytiharkan kawasan tersebut sebagi zon larangan tentera.

Tentera Zionis mula memagar sebahagian daripada tanah pertanian bersebelahan kawasan penempatan haram Mabo Dothan, yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di Yabad, setelah menyerahkan notis rampasan kepada pemilik tanah terbabit awal bulan ini.

Penduduk bandar Yabad melahirkan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan banyak lagi tanah akan dirampas.

Menurut Presiden berbandaran Yabad, Samer Abu Baker, tentera Zionis baru-baru ini menutup jalan masuk utama yang menghubungkan bandar Yabad dan Barta ke bandar-bandar lain di Jenin dan Tulkarem. Pada masa yang sama mereka turut membina pagar sepajang 900 meter, yang memasuki sehingga 100 meter ke dalam kawasan Yabad.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts