Zionis sekat ratusan pesakit barah Gaza mendapatkan rawatan

GAZA, 17 Okt 2016 (MEMO) — Statistik Pusat Pemantauan Barah Kebangsaan Gaza menunjukkan seramai 1,283 penduduk Gaza menghidap bara payudara, iaitu 18% daripada keseluruhan pesakit barah di Gaza.

Sementara itu Ketua Jabatan Pesakit Barah Hospital Syifa, Dr Khali Tsabit, menyatakan bahawa terdapat lebih 1,600 pesakit barah baharu di Gaza setiap tahun, kebanyakannya barah hati.

Sungguhpun pusat-pusat rawatan di Gaza tidak mampu menangani masalah pesakit kritikal ini, rejim Zionis terus menghalang pesakit terbabit daripada mendapatkan rawatan di luar Gaza sejak 10 tahun lalu.

Secara keseluruhan, seramai 748 pesakit telah membuat permohonan kepada rejim penjajah Zionis untuk mendapatkan kebenaran melakukan perjalanan ke hospital di al-Quds dan Tebing Barat pada tahun 2015. Sebanyak 293 daripada permohonan tersebut ditangguhkan oleh pihak rejim, 74 ditolak dan 219 lagi tidak diendahkan.

Sejak awal tahun ini, 548 orang pesakit barah payudara telah membuat permohonan di mana 287 daripadanya ditolak tanpa sebarang alasan dan 125 yang lain dinafikan permit atas alasan keselamatan.

Hospital di Gaza tidak mempunyai peralatan dan ubat-ubatan yang cukup untuk menangani keperluan pesakit barah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts