Zionis Tangkap Semula Tahanan Yang Dibebaskan Dalam Pertukaran Pembebasan Shalit

tangkapNABLUS, 18 Jun 2014 — Tentera Zionis menangkap dan menculik 65 rakyat Palestin di Tebing Barat sepanjang malam tadi, termasuk lebih 50 orang yang telah dibebaskan dalam pertukaran pembebasan Gilat Shalit pada tahun 2011.

Selepas enam hari mengadakan “operasi mencari” tiga peneroka Yahudi yang hilang, tentera Zionis menceroboh daerah Nablus dan menculik beberapa penduduk dari perkampungan Beit Furik, Audla dan Tell. Mereka turut memasuki kem pelarian Askar dan menggeledah beberapa buah rumah di situ, menyebabkan kerosakan harta benda.

Beberapa penduduk di Nablus dikejarkan ke hospital apabila terkena tembaka peluru getah dan gas ketika tentera Zionis menyerang dan menangkap Nidal Subhi Abd al-Haq di perkampungan Rafedia. Penduduk bertindak menghalang tindakan ganas tentera Zionis itu.

Jurucakap tentera Zionis mengesahkan mereka menangkap “sekitar 65 orang” penduduk Tebing Barat akibat rusuhan dengan membaling batu dan bom molotov sepanjang malam.

Pada 28 Oktober 2011, seramai 1,027 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Zionis sebagai pertukaran bagi pembebasan askar Gilad Shalit yang diculik pada tahun 2006.

——–

Sumber : Ma’an News Agency

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts