Ringkasan

Zionis Terus Halang Muslimat Masuk Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 9 Nov 2014 (Ma’an) — Rejim Zionis hari ini terus menghalang semua Muslimat daripada memasuki masjid al-Aqsa, sementara Muslimin dibenarkan masuk dengan syarat mereka meninggalkan kad pengenalan di stesyen pemeriksaan yang dikawal oleh polis dan tentera Zionis.

Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani memberitahu bahawa empat pintu masuk masjid kita ditutup oleh tentera Zionis sepenuhnya.

Sheikh Omar juga menyebut bahawa seramai 31 orang pelampau Yahudi menceroboh masuk pada jam 7:30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak keselamatan Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts