TEBING BARAT, 24 Julai 2015 (IMEMC) — Rejim Zionis semalam meluluskan 906 unit penempatan baharu di wilayah Tebing Barat yang terjajah, sekaligus mengingkari ketetapan undang-undang antarabangsa.

Mahkamah Agung Zionis dilaporkan telah memutuskan bahawa beberapa buah bangunan yang dibina khusus untuk kaum Yahudi di kawasan penempatan Beit El adalah meyalahi undang-undang dan seterusnya mengarahkan supaya diroboh.

Namun, Menteri Pertahanan Moshe Ya’alon meluluskan permit pembinaan untuk penempatan tersebut. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pentadbiran Awam Zionis, kelulusan tersebut melibatkan 296 unit di Beit El, 112 unit di Ma’aleh Adumin dan 381 unit di Givat Zeev. Manakala selebihnya di utara Ramallah yang berada di bawah pentadiran kerajaan Palestin.

Penempatan Ma’aleh Adumin dan Givat Zeev terletak kurang 10 kilometer dari Al-Quds dan dianggap sebagai blok penempatan Yahudi yang utama, di mana rejim Zionis tidak akan lepaskan dalam mana-mana perjanjian dengan pihak Palestin di masa akan datang.

SHARE