144 terbunuh, lebih 15,000 cedera sejak GRM bermula

GAZA, 4 Julai 2018 — Laporan Kementerian Kesihatan Palestin mencatat seramai 144 penduduk Gaza terbunuh dan 15,501 yang lain tercedera sejak 30 Mac lalu, apabila tentera penjajah Zionis bertindak keras mengekang perhimpunan aman Great Return March (GRM).

Menurut kementerian, mangsa yang terbunuh termasuk 17 orang kanak-kanak, dua wanita, dua jurnalis, dua petugas perubatan, serta tiga orang kurang upaya. Tentera Zionis masih menahan sembilan jenazah.

Seramai 7,270 orang yang tercedera dirawat di lapangan, manakala 8,221 yang lain terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 375 daripadanya masih dalam keadaan kritikal.

Statistik menunjukkan 4,024 mangsa cedera ditembak dengan peluru hidup, 428 terkena tembakan peluru getah, 1,497 sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata, dan 2,273 kecederaan-kecederaan lain akibat serangan.

Kanak-kanak merupakan bilangan terbesar di kalangan mereka yang cedera, iaitu seramai 2,536 orang. Selain itu, 1,160 wanita, 318 paramedik dan 175 petugas media turut tercedera.

Seramai 55 mangsa terpaksa dipotong anggota badan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts