166 Pelampau Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 30 Sep 2015 (FOA) — Rejim Zionis terus memperhebatkan kepungan ke atas Masjid Al Aqsa dan mengenakan syarat yang sangat ketat kepada penduduk Islam yang ingin masuk beribadah, bahkan sebahagian besar diharamkan masuk sama sekali.

Selama tiga hari berturut-turut, gerombolan polis Zionis dikerahkan berkawal berhampiran pintu-pintu Masjid Al Aqsa, sekitar Kota Lama Al-Quds dan berdekatan kawasan Dinding Ratapan. Kesemua pintu-pintu masjid Al Aqsa dikunci kecuali iaitu Pintu Al-Silsila, Pintu Hutta dan Pintu Al-Majles.

Pihak keselamatan Zionis menghalang semua orang Islam di bawah usia 50 tahun daripada memasuki perkarangan masjid. Menurut laporan koordinator media era Perhubungan Al-Aqsa dan Al-Quds, Mahmoud Abu Atta, polis juga merampas kad pengenalan mereka yang memasuki masjid.

Pasukan khas tentera Zionis menahan seorang wanita Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa selepas beliau dipukul secara kejam. Wanita tersebut kemudiannya dibawa ke balai polis Al-Silsila untuk disoal siasat. Tenta juga menahan seorang lagi wanita dan seorang pemuda di hadapan Pintu Al-Majles ketika mereka sedang membantu mencari beg milik pelajar-pelajar sekolah sebelum memasuki masjid.

Dalam pada itu, sekitar 166 pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid Al Aqsa pada waktu pagi melalui Pintu Al-Maghriba dengan dikawal ketat oleh pihak polis. Mereka seterusnya membuat tinjauan ke beberapa bahagian di dalam perkarangan masjid.

Mahmoud juga menerangkan bahawa para jemaah masjid membantah pencerobohan oleh pelampau Yahudi dengan laungan takbir dan cuba menghalang mereka daripada melakukan ritual keagamaan mereka di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Dalam perkembangan berkaitan, wanita Palestin tidak gentar untuk terus berada di kawasan berhampiran pintu-pintu masuk Masjid Al Aqsa, terutamanya di Pintu Al Silsila, untuk memprotes tindakan pihak bersenjata Zionis menghalang mereka masuk.

Sejak bermulanya musim perayaan Yahudi pada 13 September lalu, Masjid Al Aqsa terdedah kepada beberapa siri pencerobohan dan serangan yang terancang oleh pelampau Yahudi dan pasukan polis Zionis. Sekatan terus diperketat ke atas penduduk Islam yang ingin masuk beribadat, dalam langkah rejim untuk cuba mengawal sepenuhnya masjid tersebut dan membahagikannya mengikut masa dan kawasan tertentu di antara puak Yahudi dan orang Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts