LONDON, 21 Jan 2016 (MEMO) — Dalam tempoh hanya tiga hari, seramai 200 orang ahli akademik Brazil menandatangani sepucuk surat bagi menyokong kempen memboikot institusi akademik Zionis sebagai membantah polisi penjajahan dan diskriminasi yang berterusan ke atas penduduk Palestin.
Profesor Paulo Sergio Pinheiro yang juga merupakan seorang bekas pelapor PBB, dan juga B. Boris Vargaftig, seorang pakar perubatan dan farmakologi, adalah di antara tokoh ternama yang terlibat.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Palestinian Campaign for the Academic Boycott of Israel (PACBI) hari ini menyebut bahawa mereka selama ini komited untuk meminggirkan akademik rejim Zionis sebagai usaha untuk menghentikan penjajahan ke atas Palestin.