250 kanak-kanak Palestin dikenakan tahanan dalam rumah

AL-QUDS, 4 Okt 2017 — Mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman tahanan dalam rumah ke atas hampir 250 kanak-kanak Palestin sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

Di bawah hukuman tersebut, kanak-kanak mesti berada di dalam rumah untuk tempoh yang tidak ditetapkan, bahkan tidak dibenarkan ke sekolah atau mendapatkan rawatan. Ini menjadikan rumah mereka seperti sebuah penjara dan menjadikan ibubapa mereka sebagai pemantau. Selain itu, keluarga mereka juga dikenakan hukuman denda yang tinggi.

Ada dua jenis hukuman tahanan dalam rumah.

Jenis pertama; individu termasuk kanak-kanak dan wanita mesti berada dalam rumah dan dilarang keluar sama sekali sepanjang tempoh tahanan.

Jenis kedua; yang lebih teruk lagi daripada jenis pertama, ialah dengan menempatkan kanak-kanak di dalam rumah saudara mereka, yang terletak jauh dari rumah keluarga dan kejiranan sendiri. Tindakan ini memisahkan keluarga, menimbulkan kebimbangan dan ketegangan dalam hubungan di antara anak dan ibubapa mereka. Ia juga membawa masalah psikologi dan sosial ke atas kanak-kanak dan keluarga terbabit.

Tahanan dalam rumah dilihat sebagai hukuman secara kolektif ke atas seluruh keluarga, yang jelas mencabul hak asasi serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts