250 Tahanan Di Penjara Naqab Lancar Mogok Lapar

BETHLEHEM, 18 Ogos 2015 (Maan) — Sekitar 250 orang tahanan Palestin di penjara Gurun Naqab melancarkan mogok lapar semalam, sebagai membantah tahanan administratif tanpa pengadilan mahupun dakwaan ke atas mereka.

Mogok lapar secara besar-besaran juga dijalankan sebagai menyahut solidariti dan sokongan rakyat Palestin kepada tahanan Muhammad Allan, seorang peguam berumur 31 tahun dari selatan Nablus, yang sedang melalui mogok lapar sejak lebih 60 hari. Muhammad Allan, yang jatuh pengsan Jumaat lalu, melancarkan mogok lapar bagi membantah tahanan administratif ke atasnya.

Kita-kira 1,500 orang rakyat Palestin di tahan di penjara Gurun Naqab, di mana 250 orang daripadanya adalah tahanan administratif.

Menurut kenyataan pertubuhan hak asasi B’Tselem, seramai 370 orang penduduk Palestin sedang ditahan di bawah tahanan administratif. Wakil para tahanan di Gurun Naqab menyebut bahawa mogok akan diteruskan sehinggalah polisi rejim Zionis berkenaan tahanan administratif dihentikan. “Kali ini kami mengisytiharkan intifadah bagi menghapuskan undang-undang tentera yang digelar sebagai tahanan administratif,” kata wakil tersebut. “Kami bukan minta supaya dibebaskan atau dikurangkan tempoh tahanan, tetapi kami mahu supaya tahanan administratif dihapuskan sepenuhnya.”

Seorang tahanan, Nidal Abu Akar yang berasal dari kem pelarian Duheisha, telah ditahan di bawah tanahan administatif selama sembilan tahun. Tentera Zionis pernah membebaskan beliau selama beberapa minggu atau bulan, namun ditahan semula selama satu atau dua tahun di bawah tahanan administratif.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts