265 penduduk Palestin dibunuh sejak Oktober 2015

RAMALLAH, 22 Nov 2016 (PNN) — Statistik yang dikeluarkan oleh Institut al-Quds bagi hal ehwal “Israel” dan Palestin menunjukkan seramai 265 penduduk Palestin telah dibunuh sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

Wilayah al-Khalil mencatatkan bilangan mangsa pembunuhan tertinggi seramai 78 orang, diikuti dengan al-Quds seramai 57 orang, Ramallah seramai 24 orang, Jenin seramai 21 orang, Nablus seramai 19 orang, Beit Lahm seramai 15 orang, Tulkarem seramai lima orang, Salfit seramai empat orang, Qalqiliya seramai tiga orang, Gaza seramai 34 orang dan dua lagi yang tinggal di dalam wilayah “Israel.”

Seramai 75 orang atau 29% mangsa berumur di bawah 18 tahun, termasuk bayi berumur tiga bulan, Ramadan Thawabteh, yang meninggal dunia dalam serangan gas pemedih mata di Beit Fajjar, Beit Lahm.

24 daripada mangsa adalah wanita, 12 daripada mereka kanak-kanak di bawah lapan tahun termasuk Rahaf Hassan, 2, yang dibunuh bersama ibunya di Gaza.

Kajian institut tersebut juga mengesahkan bahawa 80% keluarga mangsa hanya mendapat berita tentang pembunuhan ahli keluarga mereka melalui media.

Seramai 119 daripada mereka dibunuh sejak awal tahun 2016.

24 jenazah mangsa masih ditahan oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts