RAMALLAH, 19 Mei 2016 (PIC) — Seramai 28 wanita Palestin ditahan oleh rejim Zionis atas tuduhan menghasut di laman sosial Facebook sejak Oktober lalu.
Pusat Kajian Tahanan Palestin hari ini mendedahkan bahawa tentera Zionis memperkenalkan satu bentuk pertuduhan baharu sebagai alasan bagi menangkap wanita Palestin, iaitu kesalahan menghasut melalui media sosial.
Kempen menangkap wanita Palestin ditingkatkan sejak tercetusnya Intifadah al-Quds tujuh bulan lalu, dengan menggunakan alasan yang pelik dan meragukan. Sebahagiannya ditangkap ketika cuba menghalang pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, dituduh cuba membuat serangan ke atas pihak keselamatan Zionis atau pendatang Yahudi, ataupun hanya kerana menziarahi ahli keluarga mereka di penjara.
Sekurang-kurangnya enam orang kini dipenjara dan lapan lagi dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan atas tuduhan menghasut melalui media sosial. Polisi terbaharu ini juga dilihat sebagai salah satu bentuk hukuman secara kolektif ke atas penduduk Palestin.