3 pemuda Umm al-Fahm dikenakan tahanan dalam rumah

BAITULMAQDIS, 19 Ogos 2018 — Mahkamah Majistret Zionis semalam membebaskan tiga pemuda Palestin dari kota Umm al-Fahm di wilayah Palestin 1948, dengan syarat dikenakan hukuman tahanan dalam rumah selama seminggu.

Semua mangsa ditangkap pada hari Jumaat, atas tuduhan membantu syuhada Ahmad Mahamid melakukan operasi serangan menikam pada hari yang sama. Mereka akan ditahan dalam penjara tengahari ini (Ahad).

Ahmad Mahamid, 30, ditembak mati oleh polis Zionis pada hari Jumaat atas tuduhan cuba menikam seorang askar Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts