338 penduduk Palestin dikenakan tahanan tanpa pendakwaan sejak awal 2018

RAMALLAH, 23 Apr 2018 — Rejim Zionis telah mengeluarkan sebanyak 338 arahan tahanan pentadbiran ke atas penduduk Palestin sejak awal tahun 2018.

Melalui tahanan pentadbiran, penduduk Palestin boleh ditahan tanpa sebarang pendakwaan mahupun perbicaraan selama enam bulan dengan hanya bersandarkan kepada bukti rahsia. Tempoh tersebut boleh diperbaharui tanpa had dan bukti-bukti penahanan tidak didedah kepada mangsa mahupun peguam mereka.

Kenyataan Pusat Kajian Tahanan Palestin hari ini menyebut bahawa sebanyak 222 daripda arahan tersebut adalah pembaharuan tempoh ke atas tahanan yang sedang dikurung. Manakala 116 arahan merupakan tahanan baharu atau bekas tahanan yang ditangkap semula.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 6,500 penduduk Palestin kini merengkok dalam penjara Zionis di mana lebih 500 daripadanya adalah tahanan pentadbiran.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts